*kali pertama aku nampak ko...
waktu tu suasana senja-senja
matahari pulak hampir-hampir ingin menyembunyikan dirinye di sebalik awan malam~
tidak ada yang positif langsung
aku benci tengok muka ko
style ko...tak kena dengan hati aku
gaya ko...menyesakkan mata aku
wajah ko...mengganggu fikiranku
*Hari itu...
seperti biasa aku menunggu Kay untuk balik sama
tapi itulah kali pertama aku nampak ko
aku memang sangat BENCI ko><
*Namun hari berganti hari
aku merasakan kehadiranmu dalam mataku
sudah menjadi suatu kebiasaan
*Setiap kali tunggu Kay habis berlatih,
susuk tubuhmu pasti menerpa ruang mataku,
*Mungkin aku benci ko kerana...
~style ko...yang kebudak-budakkan (membuatkan aku makin suka ko)
~gaya ko...yang mudah rapat dengan girls (membuatkanku cepat cemburu)
~dan wajah ko...yang comel (membuatkan mataku tidak boleh lari dari menatapnya)
*Setiap hari bila dengar kisah ko daripada Kay
betul2 memberikan aku suatu semangat yg baru~
Kay selalu cakap...
'Walaupun dia baru lagi...tapi dia expert'
'Dia baik sangat....dia tak macam lelaki2 lain'
'Dia kan, suka umpan orang dengan kecomelan dia'
'Dia friendly...sebab tu semua orang selesa dgn dia'
'Dia pandai menggembirakan hati orang'
*Ketika aku mendengar kata2 pujian daripada Kay
aku hanya mampu berkata
'Ya, dia nampak expert bila dia pegang gitar tu'
'Ya, dia nampak mucam budak baik'
'Ya, boleh la...comella jugak'
'Ya, semua nampak rapat dengan dia'
'Tak tahu, tak pernah kenal dia'
'Ya, setiap petikan gitarnya menggetarkan jiwaku'
'Ya, kebaikannya jelas terpancar pada perwatakannya'
'Ya, dia memang COMEL'
'Ya, setiap perlakuannya sentiasa menggembirakan ku'
*Tapi aku tak mampu meluahkannya...
mengapa?? kerana aku rasa
semua orang tak perlu tahu apa hati aku rasa kan??
melihatnya dari jauh sudah cukup membuatkan hatiku berbunga-bunga~~~
*Suatu hari...seperti biasa
aku menunggu Kay seperti biasa
namun, mataku sentiasa mencari kelibatnya
memerhati kan apa yang kau lakukan
kerana kita tidak sekelas
dan kita tidak berkawan><
*Melihat kemesraan ko dengan Kay dari jauh
sedikit sebanyak turut menyentuh hatiku
kalau lah aku di tempat Kay...
*Hari itu aku merenung mu seperti biasa
setiap perlakuanmu amat menarik hati ku
tiba-tiba...opssssss
ko menoleh ke arahku...
aku terkesima...
mukaku mulai berasa panas
mataku mulai melilau tidak tentu arah...tidak tahu arah mana patutku toleh pada saat itu
dia dah perasan ke???
dia marah ke??
banyak persoalan bermain-main di kepalaku
ko makin menuju ke arah ku
walaupun mataku tekun memandang nota di tangan
namun sebenarnya bola mataku sibuk mengekor derap kakimu
kau semakin mendekatiku...
apa yang perlu aku buat??
kenapa ko semakin mendekatiku??
dengan selambanya kau duduk bersebelahan denganku
*Apa yang berlaku ini???
otakku tidak dapat berfikir dengan betul
semuanya seperti berputar2 di dalam kepalaku
ko memandangku sambil tersenyum...
aku ingin menoleh dan membalas senyumanmu...
namun aku terus berpura-pura menghadap nota yang berada dalam genggamanku
dia memulakan perbualan...
aku memandangnya perlahan-lahan...dan menganggukkan kepalaku
dia tersenyum ke arahku :) *bahagianya rasa
*'Hai...boleh berkenalan???'
dia menghulurkan tangannya kepadaku...
adakah ini semua mimpi??? dia nak berkawan denganku??
kawan??? kawan???
wah~~ bahagianya pada hari itu
aku membalas huluran tangannya
dan kami mula berbual-bual seperti KAWAN~~
*Dahulu, saat menunggu Kay hanya lah masa untukku memerhatikannya
kini, inilah saat yang aku tunggu
aku bukan sahaja dapat memerhatikannya malah kini aku juga dapat berbual dengannya
mengetahui tentang dirinya lebih lanjut
berkongsi minat tentang muzik yang kami minati
bergurau senda dan saling membalas senyuman~~
*aku, ko dan Kay memang rapat
kita dah macam kawan yang tidak boleh berpisah
dahulu aku ingatkan aku hanya mampu melihat ko dari jauh
rupa-rupanya...kini aku sudah mampu menjadi kawanmu^^
Menyukaimu bukan lagi satu MIMPI
*'Apa pendapat ko tentang dia???'
tiba-tiba Kay bertanyaku...aku terkedu
apa yang perlu aku jawab???
Jujur atau Tipu???
*'He's such a caring friend...'
kataku sambil tersenyum
*As a partner???* Kay tanya lagi,
haaa?? partner???
mestilah OK~~~~~~~^^
*'Boleh la...sebab dia baik'
aku cuba mengelak dari menjawab persoalannya dengan penuh jujur
Kay membuka loker bukunya
tiba-tiba... 'Dia ajak aku couple'
*ermmm...aku salah dengar ke???
aku salah dengar ke??
'Apa Kay???'
'He asks me to be his girlfriend'
jawabnya sambil menghadap ke arah lokernya yang terbuka
nafasku terasa sungguh sesak
kaki dan tanganku mula menggeletar
peluh sejuk mulai terbit di dahiku
tekakku terasa kelat...
*'Couple??' aku cuba mengawal nada suaraku
'Apa ko jawab??' Kay menggelengkan kepalanya
tapi aku tahu...sebenarnya Kay pun suka dia
macam mana aku tahu???
*Kay selalu puji dia
Kay senyum dengan amat gembira bila dia ada
Kay senang hati bila dia ada
apa yang aku rasa...sama macam Kay rasa
*tapi apa yang aku rasa...
tak sampai pada dia....
apa yang Kay rasa...
mungkin sampai pada hatinya...
*'Aku tahu ko suka dia...terima jer' :)
wahai hati bersabarlah...
wahai mata bertahanlah...
janganlah engkau gugur di saat rakanku ini sedang tersenyum riang~
hanya dia...
kami duduk di atas bangku sambil memandang layang-layang
angin bertiup perlahan
seperti mengetahui lara yang melanda hatiku
masing-masing senyap melayan perasaan
*'Semalam, aku cakap kat Kay aku suka dia'
aku senyap...
'Betul ke tindakan aku???'
aku senyap...
mataku tetap memandang pada langit
menahan air mata yang kian bertakung
*Bila mendengarnya keluar dari mulut dia
hatiku lebih terluka
aku tak mampu memandang wajahnya
aku lemah...aku lesu...aku kelu
aku menundukkan kepalaku dan menoleh ke arah yang bertentangan dari wajahnya
bertahanlah hati...
aku bangun dari dudukku
*Belum sempat dia bersuara...
sambil berdiri dan memandang ke arah yg bertentangan darinya
aku mengumpul kekuatan untuk membalas kata2 nya
*'Tindakan ko betul...
Kay pun suka ko...
percayalah, kalau kau terus tunjuk keikhlasan ko
dia akan terima ko'
*sehabis bicara...aku maju ke hadapan
sambil air mataku jatuh bercucuran
kerana ketika itu...
hatiku tidak mampu lagi menahan rasa sebak di dada
yang kian memuncak sedikit demi sedikit~~~~